Friday, February 19, 2010

BAB 1 LOJI KUASA STIM (samb)

DEFINISI DANDANG (BOILER)
Dandang adalah sebuah bekas yang tertutup di mana air telah dirawat yang berada di bawah tekanan ditukarkan kepada fasa stim dengan menggunakan haba dari relau.

Dandang dikelaskan mengikut
1. perkhidmatan
- lokomotif
- perkapalan
- tetap
2.pembinaan.
- dandang tuib api
- dandang tuib air
Dandang Tuib Api
Dandang tiub api adalah sejenis dandang dimana hasil pembakaran mengalir melalui tiub yang dikelilingi oleh air.
Jenis Dandang Tuib Api
1.Dandang tiub api pada kedudukan pugak atau menegak. (vertical)
2. Dandang tiub api pada kedudukan balik ufuk atau mendatar (horizontol)

Dandang Tuib Air(WATER TUBE BOILER)
Dandang tiub air adalah sejenis dandang dimana dikelilingi oleh hasil pembakaran, dan air adalah di dalam tiub.
Jenis Dandang Tiub Air
1. Dandang tiub lurus
2. Dandang tiub bengkok

BAB 1 LOJI KUASA STIM



SISTEM LOJI

Sistem loji terbahagi kepada dua iaitu loji proses dan loji penjana kuasa. Loji proses merangkumi beberapa peralatan khusus untuk produk yang perlu dihasilkan oleh syarikat-syarikat. Contohnya, kilang proses petrokimia, bahan kegunaan konsumer dan lain-lain. Bagi loji kuasa ada untuk penjanaan kuasa.

Komponen-komponen Loji Stim Kuasa/Proses
1. Dandang (Boiler)
2. Turbin stim (Turbine)
3. Pemeluwap (Condenser)
4. Pam bekal /pam suaan

Lakaran Loji Kuasa Stim.


DANDANG (BOILER)
ALAT PALING PENTING DALAM MENGHASILKAN STIM
DIKENALI JUGA SEBAGAI RUMAH STIM
BIASANYA DIPERBUAT DARIPADA KELULI.
UNTUK MENJANA STIM AIR DIPANASKAN HINGGA MENDIDIH.

TURBIN STIM (STEAM TURBINE)

MEMUTARKAN JANAKUASA PROPELLER, KOTAK GEAR DAN SEBAGAINYA.
BERPUTAR DENGAN BANTUAN STIM.
STIM DIKAWAL OLEH MUNCUNG (NOZEL)

PEMELUWAP(CONDENSER)

STIM YANG PANAS AKAN BERTUKAR MENJADI AIR.
STIM TADI BERSENTUHAN DENGAN TIUB-TIUB TEMBAGA.

PAM BEKAL (FEED PUMP)
PAM YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBEKALKAN BEKALAN KEPADA PUNCA.